Tuesday, December 7

Salam Ma'al Hijrah 1432 =)


ASSALAMUALAIKUM,
Selamat tahun baru diucapkan buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Alhamdulillah, selepas maghrib tadi bermulalah tahun baru Islam, 1432H. Bagi yang masih belum tahu, waktu masuknya tahun baru Islam adalah pada waktu maghrib, bukan pukul 12 tengah malam seperti tahun baru Masihi.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 1 Muharram juga merupakan hari pertama dalam Takwim Hijrah.

Kebiasaannya di Malaysia, kita akan menyambut tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tetapi, kadang-kadang terasa agak kesal sebab masyarakat kita lebih mengagung-agungkan budaya barat dengan menyambut tahun baru Masihi dengan percikan bunga api serta konsert hiburan yang melalaikan.

Mudah-mudahan, sempena Ma'al Hijrah ini, sama-samalah kita memasang azam baru dan berhijrah daripada yang buruk kepada yang lebih baik. InsyaAllah.. Ini sekadar nasihat untuk diriku sendiri dan saling ingat mengingati sesama kita. 

Salam Ma'al Hijrah 1432.. dan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H..


2 comments:

  1. ayat ko full BM...xde shortform...bgus3 jrg org nak wat mcm ni...

    ReplyDelete
  2. ooo...
    kakak aku ader tolong lah buat ayat nieh
    btw thanks :)

    ReplyDelete